Penduduk tiada hal
KUALA LUMPUR: Segelintir individu yang kurang senang dengan kewujudan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim) di Kampung Cheras Baru didakwa menjadi punca berlakunya beberapa insiden bertujuan memburukkan reputasi penghuni dan pengasas rumah berkenaan.
Nadi hidup Norlina
DIA tidak goyah pendirian mendengar segala tohmahan dan pandangan serong masyarakat terhadap usaha yang di rintisnya sejak 2004.
Rayu MPAJ tak roboh khemah
KUALA LUMPUR: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan nasib Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim), Norlina Alawi.
Monday, April 20, 2009
Zakat Selangor
Rayuan kepada MPAJ
Terdapat juga penduduk di Kampung Cheras Baru yang telah membuat aduan kepada MPAJ tentang khemah yang telah didirikan oleh PERNIM. Khemah sementara telah didirikan bagi kemudahan anak anak PERNIM untuk makan pagi, tengahari & malam
PERNIM terpaksa mengunakan khemah tersebut selepas diminta kosongkan rumah yang disewa kerana PERNIM tidak mampu membeli rumahnya dengan harga yang begitu tinggi. Rayuan kepada YDP, MPAJ selepas menerima notis buka khemah dari kakitangan MPAJ supaya tidak membukanya.
Sunday, April 19, 2009
Cineleisure di Mutiara Damansara
18 April 2009, Tayangan Wayang Upin & Ipin dan makan tengah hari telah di taja oleh 4Life Research Sdn Bhd. Dengan murah hati dari 4 Life Foundation, mereka telah mengaturkan sebuah bas untuk membawa anak anak Pernim ke Cineleisure untuk ENJOY !! Terima Kasih !!
Saturday, April 11, 2009
Perdana Menteri ke-6, Malaysia
Taniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke-6, Malaysia. Semoga YAB berjaya dalam usahanya dan menjadi negara Malaysia sebuah negara No.1 di dunia ini dari Evolusi Bebas & PERNIM
MAIWP ringankan beban Pernim
CHERAS – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Bahagian Baitulmal memberikan bantuan kewangan kepada Pusat Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman Malaysia (Pernim).
Selain menempatkan pesakit-pesakit HIV dan Aids, Pernim juga membela nasib anak-anak yatim, ibu tunggal, kanak-kanak cacat dan juga gadis teraniaya. Sumbangan tersebut diberikan sebagai bantuan untuk Pernim atas keprihatinan pusat tersebut melakukan kerja-kerja amal.
Pengurus Besar Bahagian Baitulmal MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail berkata, pihaknya melalui Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan sentiasa membantu mana-mana badan yang menguruskan kerja amal.
Menurutnya, bantuan yang akan disalurkan adalah bertujuan untuk membantu dan meringankan kos pembiayaan pusat terbabit di bawah Asnaf Fisabilillah.
(petikan dari akhbar Sinar Harian, 9 April 2009)

Friday, April 3, 2009
Kolej Profesional Mara Seri Iskandar, Perak
3 April 2009, Ceramah oleh Pn Hjh di KPM Seri Iskandar, Bota, Perak. Tujuan ceramah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada anak anak muda supaya memilih jalan yang betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)